Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Jun 2011

Rossa bercinta dengan anak tokoh politik ?




KUALA LUMPUR - “Ya, saya masih solo!” luahnya ringkas Rossa sambil tertawa besar apabila diminta mengulas lanjut desas-desus yang bertebaran terutama menerusi laman sosial mengenai kisah cintanya.

Rossa, nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani dikatakan sedang berkasih bersama anak seorang tokoh politik terkenal di Jakarta.

Ditemui di sebuah puat membeli belah di Petaling Jaya ketika sesi bertemu peminat datang kembali untuk mengadakan persembahan eksklusif pada esok dan Jumaat ini di Tropicana Golf & Country Resort tampak seperti selalu - ceria!

Akui penyanyi lagu Pudar itu lagi, bersendirian tidak bermakna dirinya sunyi kerana di sekelilingnya ramai insan tersayang yang ada di sisi untuk melalui hari-hari indah, malah memenuhi undangan pentas hingga ke Kuala Lumpur juga membuatkan masanya sentiasa terisi.

“Saya sangat sibuk hingga tiada masa untuk bersedih. Sekarang saya masih mencari yang terbaik atau mungkin jodoh saya ada di Malaysia,” selorohnya lagi yang sememangnya cukup suka berjenaka.

Sememangnya, jika dihitung Kuala Lumpur sudah menjadi rumah kedua ibu kepada Rizky Langit Ramadhan kerana sejak awal tahun hingga kini sudah empat kali Rossa ‘turun’ ke negara ini dengan kunjungan terbaru April lalu untuk promosi album kompilasi, Harmoni: Jalinan Nada dan Cerita.

Senyuman terus mekar menguntum apabila membicarakan perihal anak tunggal hasil perkongsian hidupnya dengan bekas suami, Yoyo yang kini sudah memasuki alam persekolahan.

Walau masih terlalu muda, penyanyi itu cukup mementingkan pendidikan sahsiah diri buah cintanya apabila mendaftarkan si kecil menghadiri kem cuti sekolah sempena musim cuti persekolahan.

“Saya mahu dia merasai pengalaman istimewa - bermain dengan rakan sebaya dan mencuba bermacam perkara baru. Sekarang Rizky punya hobi menarik iaitu mewarna dan melukis dinding rumah,” kongsinya lagi sambil tertawa mengenang telatah anak kesayangannya.

Pada Julai ini genap dua tahun Rossa hidup sendirian namun biar apa pun dugaan, perceraian membuatkannya semakin tegar melayari kehidupan terutama sekali apabila membabitkan soal anak.

Selain keluarga, tumpuan penghibur berusia 32 tahun kini adalah merealisasikan pembikinan album solo membabitkan paduan suara dengan beberapa teman seangkatan dari negara jiran.

Walau rancangan yang dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan sesetengah pihak itu sebagai kerja gila, sebaliknya Rossa tidak peduli kerana itulah hajatnya selama ini.

Antara penyanyi yang bakal bergandingan dengan Rossa ialah Afghan yang juga rakan seperjuangan dari negaranya sendiri, selain Taufik Batisah (Singapura) dan penyanyi lelaki Taiwan, dari Malaysia pula adalah Anuar Zain.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular