Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 2 Jun 2011

Rumah Janda Ditembak Orang Yang Tak Dikenali

Anak Noreha menunjukkan kesan tembakan. Gambar kecil, Noreha dirawat di Hospital Pasir Mas.




KOTA BHARU - “Sebaik membuka tingkap, saya terus rebah akibat terkena dua das tembakan. Tidak tahu dari mana puncanya tetapi sebelum itu, saya terlihat kelibat sebuah kereta lalu di depan rumah,” kata seorang penoreh getah, Noreha Yusuf, 37.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi semalam, sebuah keluarga yang sedang tidur terjaga apabila terdengar bunyi dentuman kuat dipercayai akibat tembakan yang dilepaskan seseorang ke bahagian pintu rumah berkenaan di Kampung Padang Licin dekat Rantau Panjang.

Bagaimanapun, tindakan Noreha yang juga ibu tunggal kepada enam anak itu membuka tingkap rumahnya, bertukar mimpi ngeri apabila dia terkena tembakan yang disasarkan individu tidak dikenali sebelum suspek bertindak melarikan diri dengan sebuah kenderaan.

Menurut Noreha, sebelum kejadian dia terdengar deruan enjin kereta di kawasan rumahnya menyebabkannya berasa curiga.

Katanya, dia kemudiannya bergegas membuka tingkap untuk melihat apa yang sedang berlaku di luar rumahnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular