Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 12 Jun 2011

Sayu: Peluk jasad abang

Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Mohd Kamal yang tersepit.




SUNGAI PETANI - “Ya Allah abang aku, kenapa jadi macam ni?“ hanya itu kata-kata mampu diucap Mohd Shafik Azman, 21, sambil memeluk jenazah abangnya, Mohd Kamal, 24, selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang di Jalan Tikam Batu-Sungai Petani berhampiran Padang Temusu di sini, kelmarin, apabila kereta dipandu mangsa gagal dikawal lalu terbabas ke sebelah kiri dan merempuh penghadang jalan serta sebuah gerai.

Akibat rempuhan itu, kereta Honda Civic berkenaan ditembusi besi penghadang jalan dan terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas menyebabkan mangsa tersepit di dalam kenderaan itu.

Mangsa dari Taman Sri Pinang, di sini, parah di kepala termasuk hancur kaki kanan akibat kemalangan itu dan mati di tempat kejadian.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Tikam Batu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Menurut Mohd Shafik, sebelum kejadian, abangnya yang menjalankan perniagaan komputer di pekan Tikam Batu memaklumkan mahu ke bandar Sungai Petani untuk membeli barang.

Katanya, dia menunggu Mohd Kamal di kedai dan menerima panggilan daripada rakan memberitahu abangnya terbabit dalam kemalangan dekat Padang Temusu.

“Sepanjang perjalanan hati saya terasa tidak sedap walaupun rakan tidak memberitahu keadaan abang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular