Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 16 Jun 2011

Siti Nurhaliza serta Askar Wataniah

Dari kiri. Shaheizy, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana dan Nurul Hidayah.



KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, akhirnya niat saya menyertai Rejimen Askar Wataniah (Raw) menjadi kenyataan.

“Selepas ini, saya akan meningkatkan stamina sebelum latihan asas sebenar bermula,” kata penyanyi wanita tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32.

Menurut Siti, dia berminat menyertai Raw kerana latihannya dapat membentuk ketahanan mental dan fizikal.

“Biarpun pernah mengikuti aktiviti lasak, saya perlu bersedia meningkatkan latihan membentuk stamina.

“Kesediaan penuh penting kerana ia mampu membantu anggota Raw membina jati diri kukuh sebagai sukarelawan negara,” katanya selepas menandatangani borang di Majlis Penyertaan Selebriti dalam Askar Wataniah di bangunan Kementerian Pertahanan di sini, semalam.

Artis lain yang turut mengambil bahagian ialah Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali dan penerbit filem, David Teoh.

Selain artis, majlis terbabit turut mengesahkan penyertaan Nurul Hidayah yang juga anak perempuan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagi Intan Ladyana, keputusan menyertai Raw dibuat selepas dia mengkaji tahap latihan dan kemampuan diri.

“Selepas mendapat penerangan berhubung latihan dan aktiviti yang dilalui sebagai anggota Raw, saya jadi teruja dan terus bersetuju.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular