Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 2 Jun 2011

Tiga kumpulan ajaran sesat di Tawau dipantau




TAWAU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) kini memantau pergerakan tiga kumpulan yang disyaki mengamalkan ajaran sesat di sini sejak beberapa tahun lepas.

Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau Abdul Imam Basirun berkata kumpulan terbabit masing-masing dipercayai mengamalkan ajaran Islam Jamaah, Qadiani dan Al-Mansur (Rufaqa) serta aktif di Kampung Jawa Kongsi 8, Kampung Titingan dan sekitar Bandar Sabindo.

Ajaran Islam Jamaah yang berasal dari Indonesia mengkehendaki pengikutnya berbai''ah (sumpah setia) dan menganggap hanya pengikut mereka sebagai Islam sebenar, manakala yang lain adalah kafir, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Ajaran Qadiani yang telah diharamkan mendakwa pemimpinnya mempunyai mukjizat selain percaya ibadah haji boleh dilakukan di Qadian, Pakistan, tanpa perlu ke Mekah, kata beliau.

Abdul Imam berkata Al-Mansur (Rufaqa) pula cuba menghidupkan semula ajaran kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan, termasuk mengamalkan Aurad Muhammadiah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular