Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 9 Jun 2011

Tunku Imran Kekal Presiden MOM




KUALA LUMPUR - Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar mengekalkan jawatan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup Selasa lalu.

Selain Tunku Imran, setiausaha kehormat Datuk Sieh Kok Chi dan naib presiden Low Beng Choo turut mengekalkan jawatan tanpa bertanding bagi penggal 2011/2013.

Tunku Imran dipilih sebagai Presiden MOM pada 14 Nov 1998 selepas mengalahkan penyandang pada ketika itu iaitu Tan Sri Hamzah Abu Samah sementara Kok Chi menyandang jawatan itu sejak 1992.

Pemilihan jawatankuasa baru MOM akan diadakan sempena mesyuarat agung tahunan pada 18 Jun ini.

Menurut pegawai pemilihan, Norminshah Sabirin, dalam kenyataan hari ini berkata selain tiga penjawat itu, calon lain yang turut menang tanpa bertanding ialah Datuk A. Sani Karim (timbalan presiden), Moira Tan Siew See (penolong setiausaha-wanita), Yong Choo Kong (bendahari) dan penolong bendahari, Rosmanizam Abdullah.

Sani Karim, yang sebelum ini naib presiden, menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas penyandangnya Tan Sri Dr. M. Jegathesan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya.

"Ahli MOM dipelawa mengemukakan kertas pencalonan pada 26 Mei lalu dan tarikh tutup pencalonan ialah pada Selasa lepas," kata Norminshah.

Bagaimanapun, empat lagi jawatan naib presiden menjadi rebutan tujuh calon iaitu Prof Datuk WY Chin, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad, Datuk Roy Rajasingham, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalif, Senator Datuk Maijol Mahap dan Tan Sri Mohd Noor Abdul Rahim.

Manakala jawatan penolong setiausaha lelaki akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Ramlay Ibrahim dan Kumar Thangaraju.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular