Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Jun 2011

Ustaz Singapura cabul wanita 42 tahun digantung





SINGAPURA - KEANGGOTAAN seorang asatizah bebas, Ustaz Misti Talimin, dalam Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), telah digantung sementara tuduhan mencabul kehormatan yang dihadapinya menjalani proses kehakiman.

Ustaz Misti, 51 tahun, telah dihadapkan ke mahkamah Jumaat lalu atas tuduhan mencabul kehormatan seorang ejen hartanah, berusia 42 tahun.

Ustaz Misti dituduh menggeselkan sebiji telur ke dada wanita itu di sebuah flat di Woodlands, 16 Disember lalu.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Haji Ali Haji Mohamed, sementara menunggu keputusan mahkamah, keanggotaan Ustaz Misti dalam ARS digantung.

'Buat masa ini, sehinggalah mahkamah memberikan keputusan, Ustaz Misti tidak boleh mengajar di mana-mana,' ujar Ustaz Haji Ali.

Tambahnya, masjid dan tempat-tempat Ustaz Misti mengajar sebelum ini telah pun dimaklumkan tentang penggantungan itu.

Katanya lagi, jika mahkamah memutuskan Ustaz Misti bersalah, berkemungkinan namanya akan dipotong terus daripada senarai ARS.

'Kami akan hormati keputusan mahkamah,' tegas Ustaz Haji Ali. Tambahnya, pihaknya sedang memantau kes itu dan jika perlu, akan memanggil Ustaz Misti untuk ditemu duga.

'Dalam soal ada aduan terhadap sebarang asatizah atau asatizah itu menghadapi kes mahkamah, selalunya kami akan panggil asatizah tersebut untuk temu duga dan bincangkan perkara itu.

'Kalau didapati asatizah itu memang ada masalah akhlak, kita akan gantung,' ujarnya.

Menurut Ustaz Haji Ali lagi, ini bukanlah kes pertama seorang asatizah digantung keanggotaannya dalam ARS.

'Sebelum ini, ada kes serupa melibatkan seorang asatizah dan namanya sudah pun dikeluarkan daripada senarai ARS,' ujarnya.

Tinjauan wartawan di direktori asatizah bertauliah di laman Muis mendapati, nama Ustaz Misti kini diletakkan dalam kategori 'KIV'.

Menerusi direktori itu, Ustaz Misti, lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah (Aaliyah), digolongkan sebagai asatizah kategori B atau asatizah yang mempunyai pendidikan asas hingga peringkat menengah.

Sebelum ini, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), yang bertindak selaku urusetia ARS pernah mendedahkan kepada media bahawa 40 permohonan ditolak oleh ARB bagi pengiktirafan sejak ARS dilaksanakan pada 2006.

Sejauh ini terdapat 1,306 asatizah yang diiktiraf ARB.

Sementara itu, kes Ustaz Misti akan didengar lagi pada 18 Julai depan bagi sidang praperbicaraan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular