Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 5 Jun 2011

Video seks: Hadi berdolak-dalik





KUALA LUMPUR - Pas terus berdolak-dalik dalam soal rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga.

“Kalau kes khalwat dengan wanita dan lelaki, ada saksi dia dan yang boleh selesaikan kes ini adalah syariat Islam,” katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Pas Ke-57 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut skandal tersebut, Abdul Hadi bagaimanapun menasihatkan kepada semua ahli Pas supaya jangan terlalu beremosi, sebaliknya perlu berdepan dengan ‘fitnah’ itu secara berilmu.

Dalam pada itu, Presiden Pas tersebut sekali lagi terpaksa ‘bersilat’ untuk menyakinkan ahli Pas bahawa barisan kepimpinan baru parti itu bukan kumpulan yang menyokong Anwar.

Langkah itu terpaksa dibuat secara berterusan oleh Abdul Hadi, memandangkan penjelasannya semalam gagal menghentikan tafsiran pelbagai pihak bahawa pengaruh Anwar semakin mencengkam Pas.

“Ada yang mengatakan bahawa kepimpinan baru ini adalah kumpulan erdogan (pro Anwar). Saya katakan ini bukan kumpulan erdogan. Ini kumpulan Nik Abdul Aziz (Datuk) dan Abdul Hadi Awang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular