
BERTARUNG NYAWA...
Dua warga Indonesia yang selamat ini berpaut pada tong minyak, serpihan kayu bot dan tong air daripada bot pancung yang mereka naiki selepas karam akibat dipukul ombak besar dalam kejadian di 3.5 batu nautika selatan Tanjung Ayam, perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam. Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu berlaku ketika bot kayu membawa 24 penumpang lelaki termasuk tekong itu dalam perjalanan keluar dari satu ‘laluan tikus’ di Sungai Rengit, untuk ke Pulau Batam, Indonesia.
