Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 20 September 2011

Ibu membiarkan anak gadisnya disetubuhi depan matanya



SHAH ALAM - Seorang ibu tunggal yang tergamak membiarkan anak gadisnya dirogol di depan mata oleh teman lelakinya sendiri menerima padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu.

Sementara teman lelakinya, berusia 43, pula didakwa atas dua tuduhan merogol gadis sunti itu pada 2009 dan tahun lalu.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar.

Lelaki yang bekerja sebagai petani itu dituduh merogol mangsa yang berusia 12 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada pukul 12 tengah hari, pertengahan Disember 2009.

Dia juga didakwa mengulangi perbuatan tersebut terhadap mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun di hadapan ibu gadis itu di rumah yang sama pada 30 Januari 2010.

Kedua-dua pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Sementara itu, ibu mangsa pula didakwa bersubahat atas kedua-dua pertuduhan dengan membiarkan mangsa dirogol oleh tertuduh.

Dia yang bekerja sebagai penyelia perkhidmatan teksi di sebuah hotel lima bintang itu didakwa mengikut Seksyen 109 yang dibaca bersama Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan.

Kes itu akan disebut semula pada 21 Oktober ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular