Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 21 September 2011

Merakam foto dikamar persalinan wanita, lelaki Singapura dijel 3 minggu




SINGAPURA - SEORANG lelaki yang bersembunyi di bilik acu pakaian bagi merakam aksi seorang wanita yang sedang menukar pakaian di bilik bersebelahan dijatuhi hukuman penjara tiga minggu semalam.

Lelaki berkenaan berusia 23 tahun, mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita berusia 30 tahun di cawangan sebuah kedai menjual pakaian, Cotton On, di AMK Hub pada 18 Oktober tahun lalu.

Mahkamah diberitahu bahawa penyelia cawangan itu berasa curiga apabila lelaki tersebut berada di bilik acu pakaian bagi jangka masa lama.

Beliau kemudian pergi ke bilik bersebelahan dan membuat intipan bagi mengetahui apa yang dilakukan lelaki itu.

Ketika itu, beliau ternampak seorang lelaki menggunakan telefon bimbitnya bagi merakam aksi mangsa di bilik bersebelahan satu lagi.

Penyelia cawangan itu kemudian menahan lelaki itu dan menghubungi polis.

Tuduhan kedua ke atasnya, melibatkan penggunaan telefon bimbit bagi merakam celah kelengkang seorang lagi wanita di tempat yang sama, dipertimbangkan.

Dia dibenarkan menangguh menjalani hukuman sehingga 3 Oktober ini.

Mahkamah melepaskannya dengan ikat jamin sebanyak $10,000.

Di bawah undang-undang, dia boleh dihukum penjara sehingga setahun atau dihukum denda atau kedua-duanya sekali.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular