Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 21 September 2011

MAYC terus dilanda kemelut




KUALA LUMPUR - Kemelut Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) berterusan hari ini apabila pimpinan yang 'dilantik' melalui mesyuarat agung tahunan (AGM) Julai 2010 hadir di Wisma MAYC di sini untuk 'mengambil alih' pentadbiran daripada pimpinan yang 'dilantik' pada AGM September tahun sama.

Kemelut tersebut bermula apabila Setiausaha Agung MAYC dalam pertikaian, Ahmad Ansor Muhd. Rivai (dilantik Julai 2010) hadir ke pejabat MAYC di Jalan Syed Putra untuk memulakan 'tugasnya' namun dihalang oleh Presiden dalam pertikaian, Mustaffa Mat Arof.

Berikutan halangan itu, Ahmad Ansor cuba mendapatkan bantuan polis bagi membolehkannya meneruskan kerja sebagai setiausaha agung yang 'sah' dan kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Brickfields bagi memberi keterangan.

Mengulas perkara itu, kata Mustaffa, pihaknya tidak menghalang Ahmad Ansor daripada memasuki pejabat MAYC memandangkan Ahmad Ansor merupakan ahli persatuan serta sahabatnya.

"Namun apabila dia (Ahmad Ansor) mahu menceroboh pejabat setiausaha agung serta mengambil dokumen dalam pejabat itu, kami tidak benarkannya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Ansor pula memberitahu, beliau mempunyai hak untuk meneruskan kerja sebagai setiausaha agung MAYC kerana mendapat mandat daripada tujuh cawangan MAYC negeri manakala pimpinan yang mentadbir MAYC pusat ketika ini hanya mendapat sokongan empat cawangan.

Kepada satu soalan, Ahmad Ansor yang juga seorang peguam menjelaskan:

"Allah yang memberi saya autoriti bagi melaksanakan segala tugas dalam MAYC."

Pertikaian dalam MAYC bermula apabila dua pihak bertelagah mengadakan AGM berasingan pada 31 Julai tahun lalu manakala satu pihak lagi pada 4 September tahun sama.

Kedua-dua AGM tersebut bagaimanapun tidak disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) namun pimpinan yang diketuai Mustaffa kini menunggu rayuan mahkamah.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Panel Penilaian Pertikaian (PPP) masih mengkaji kedudukan kedua-dua pihak itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular