Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 21 September 2011

Rumah Dato' Maharaja Lela tempat maksiat ?

Rumah Datuk Maharaja Lela menunggu masa untuk roboh. Gambar kecil menunjukkan keadaan perabot yang rosak serta tilam dipercayai digunakan untuk tujuan maksiat.



PASIR SALAK - Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini.

Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.

Penduduk, Ramli Abas, 43, berkata, dia sedih apabila menyaksikan rumah peninggalan pahlawan negeri itu terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan membaikinya diambil kerajaan negeri. “Saya kecewa kerana perjuangan Datuk Maharaja Lela dipandang sebelah mata sesetengah pihak apabila kediamannya dibiarkan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Jasa dan pengorbanannya diiktiraf dengan beberapa jalan, sekolah serta kawasan dinamakan bersempena namanya tetapi menyedihkan apabila keadaan kediaman dan kawasan sekitar yang pernah menjadi kubu pertahanan masyarakat daerah ini satu ketika dulu, menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Tinjauan wartawan mendapati, rumah Maharaja Lela yang pernah dibaik pulih, kini dipenuhi belukar serta sukar dimasuki.

Tambah mengejutkan, selain barangan hiasan di dalam rumah berkenaan hilang dan rosak, ia dijadikan lokasi ‘selamat’ oleh penagih dadah dan remaja melakukan maksiat.

Mengikut sejarah, selepas mendapat persetujuan dan sokongan penduduk sekitar Pasir Salak, Kampung Gajah dan pemimpin tempatan, Datuk Maharaja Lela mengepalai perjuangan menentang penjajahan British di Perak yang membawa kepada pembunuhan James Wheller Woodfird Birch (JWW Birch) iaitu Residen British pertama Perak.

Lebih tragik, difahamkan sebagai pengajaran kepada 'pemberontak-pemberontak' lain supaya tidak mengikut jejak Maharaja Lela dan teman seperjuangannya, pihak penjajah British difahamkan mengarahkan supaya mayat Maharaja Lela dikerat tiga dan ditanam secara berasingan di tepi tebing Sungai Perak. Biarpun tiada fakta sahih mengenainya, perkara ini masih menjadi persoalan sehingga kini kerana bukti juga tiada untuk mengatakan 'Makam Maharaja Lela' yang terletak di Taiping, benar-benar milik perwira sejati ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular