Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 November 2011

Bob Lokman terus berkeras 'tak mau mengalah'



KUALA LUMPUR – Bekas pengacara, penulis lirik dan pelakon, Bob Lokman menegaskan dia tidak akan memberi kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung waran tangkap terhadapnya kerana gagal memberi keterangan kepada jabatan tersebut.

Dia yang dihubungi semalam mendakwa, tindakan penahanannya sebelum ini melibatkan pihak UMNO sehingga waran tangkap dikeluarkan.

“Saya tidak akan bekerjasama dengan JAIS yang berlindung di sebalik UMNO manakala saya pula adalah Pas. Ini adalah prinsip saya,” katanya. Semalam media melaporkan JAIS mengeluarkan waran tangkap ke atas Bob Lokman pada Jumaat lalu berikutan kegagalan beliau memberi keterangan di pejabat jabatan tersebut baru-baru ini.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.

Dia bagaimanapun dibebas dengan jaminan polis. Ditanya apa yang berlaku pada hari kejadian, Bob Lokman mendakwa, dia telah dicemuh oleh seorang anggota penguat kuasa dengan kata-kata yang tidak berasas sehingga menyinggung perasaannya. “Dia kata hampir 85 peratus ahli Pas tidak boleh membaca al-Quran,” jelasnya.

Ditanya jika tindakannya itu akan menyebabkan dia ditangkap sekali lagi, katanya, dia tidak mempunyai masalah jika ditangkap. “Itu hak mereka sebab ada enakmen yang membenarkan penangkapan saya tetapi saya jauh sekali untuk memberi kerjasama,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular