Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 7 November 2011

Gadis pulang selepas tiga minggu menghilang

Nur Khairunnisa yang pulang ke pangkuan keluarga setelah tiga minggu melarikan diri memeluk erat ibunya, Cik Halinah.





SINGAPURA - TAKBIR yang bergema di pagi Hari Raya Aidiladha kali ini membawa pengertian lebih bermakna kepada Encik Zulkifie Rahim dan isterinya.

Ini kerana setelah tiga minggu pasangan itu berendam air mata memikirkan nasib anak mereka yang menghilangkan diri, keluarga itu disatukan semula Jumaat lalu.

Nur Khairunnisa Zulkifie, 16 tahun, akhirnya pulang ke pangkuan keluarga bagi meraikan Aidiladha bersama setelah melarikan diri dari rumah pada 14 Oktober lalu.

Ditemui di rumah mereka di Marsiling, Encik Zulkifie, 42 tahun, melahirkan rasa syukur anak keduanya itu selamat.

Jumaat lalu, Media melaporkan berita tentang kehilangan Nur Khairunnisa, yang meninggalkan rumah dengan hanya membawa telefon bimbit dan kad EZ-link.

Gadis itu pernah melarikan diri dari rumah sebanyak tiga kali sebelum ini sejak di sekolah rendah - paling lama selama tiga hari.

Encik Zulkifie dan isterinya, Cik Halinah Ismail, 39 tahun, mempunyai tiga lagi anak yang berusia 17, 12 dan setahun.

Menurut Cik Halinah, pada petang berita itu disiarkan, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang yang mengenalkan dirinya sebagai Cik Nurhayati, 28 tahun.

Cik Nurhayati berkata anaknya itu kini tinggal bersama keluarganya setelah beliau dan suaminya menjumpai gadis itu menangis sendirian di pantai East Coast seminggu lalu sebelum membawanya pulang ke rumah mereka.

Nur Khairunnisa, dengan nada kesal, pula berkata dia sebenarnya tidak berniat melarikan diri.

Gadis keluar rumah pada pagi itu kerana mahu bertemu buat kali pertama dengan seorang lelaki bernama 'Ari', 21 tahun, temannya dari laman sosial Facebook.

Namun 'Ari' merampas kad EZLink dan telefon bimbitnya dan meminta gadis yang sudah berhenti sekolah itu mengikutnya, dakwa beliau.

Apabila hari lewat petang, Nur Khairunnisa memutuskan tidak mahu pulang ke rumah kerana takut dimarahi ibu dan ayahnya.

Selama seminggu dia tinggal bersama 'Ari', ibu, bapa dan adik angkatnya di sebuah khemah di pantai East Coast.

Pada malam 24 Oktober lalu, mereka bergaduh dan 'Ari' kemudian memulangkan kad EZ-link dan telefon bimbitnya dan meninggalkan tempat itu, malah khemah mereka dikunci. Gadis itu terpaksa mencari kerusi di tepi pantai untuk melelapkan mata.

Mujur, Nur Khairunnisa ditemui Cik Nurhayati dan keluarganya petang keesokan harinya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular