Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 7 November 2011

Indonesia berhasrat meterai MoU TKI

Awang Yuddie.





BANDAR SERI BEGAWAN - Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di negara ini dan majikan diseru supaya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak, lebih-lebih lagi pada masa ini hanya empat negara dari seluruh dunia yang dinilai telah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan kerajaan Republik Indonesia iaitu Arab Saudi, Hong Kong, Taiwan dan Malaysia dalam penghantaran TKI.

Keempat-empat negara terbabit juga telah pun menandatangani MoU dengan kerajaan Republik Indonesia berkaitan penghantaran TKI ke negara-negara terbabit, dan Negara Brunei Darussalam mungkin akan masuk dalam senarai itu jika kesemua kriteria yang ditetapkan dipenuhi dan MoU bakal dimeterai.

Penandatangan MoU itu mungkin akan dapat dilaksanakan dalam tahun ini dan selewat-lewatnya pun tahun depan dalam pertemuan dua hala tahunan antara kedua-dua buah negara, ujar Kaunselor Menteri di Kedutaan Indonesia di Brunei, Dempo Awang Yuddie dalam temu bual media di kedutaan berkenaan mengenai penghantaran TKI ke beberapa buah negara termasuk Brunei

Dalam temu bual itu, Awang Yuddie menjelaskan, "Di Negara Brunei Darussalam lebih 50,000 TKI berada di negara ini dan ke arah memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala di antara Indonesia dan Brunei, Indonesia berhasrat menandatangani MoU TKI dengan Brunei di masa akan datang."

"Saya tidak mahu TKI di negara ini berhenti begitu saja dan di masa akan datang, penghantaran TKI ke negara ini akan diteliti di samping melengkapi mereka dengan latihan kemahiran asas serta mengetahui budaya negara ini," tambahnya.

Beliau seterusnya menambah, "Presiden Indonesia melahirkan perasaan terima kasih atas penghargaan kerana memberi kesempatan kepada TKI bekerja di negara ini dan hubungan Indonesia dan Brunei adalah sangat baik."

Pada sesi temu bual itu, Awang Yuddie turut mendedahkan statistik kes sepanjang tahun 2010 dan 2011 di mana sepanjang tahun 2010, sebanyak 694 kes dilaporkan sementara dari Januari hingga Oktober 2011 jumlah kes yang dikendalikan Kedutaan Republik Indonesia di Negara ini sudah mencecah 710 kes.

Kes pada tahun 2011 berjaya diselesaikan sebanyak 660 kes dan daripada jumlah tersebut, 45 kes dibawa ke Kedutaan Republik Indonesia sementara pada tahun 2010 sebanyak 99 peratus kes yang telah diselesaikan.

Daripada 45 kes yang dibawa ke kedutaan itu, kes penderaan, kes melibatkan masalah gaji dan kes polis masing-masing mencatat enam kes dan 20 kes lagi kes tidak tahan bekerja, lima masalah imigresen dan kes saksi dan rogol pula masing-masing mencatat satu kes.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular