Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 November 2011

Kontrak maksimum dua tahun bagi pengguna siaran TV berbayar




SINGAPURA - BERMULA 1 Mac tahun depan syarikat pengendali siaran TV berbayar seperti StarHub dan Mio TV hanya dibenarkan menawarkan kontrak maksimum dua tahun kepada para pengguna.

Para pengguna juga tidak akan dibebani caj tamatkan kontrak (ETC) yang tinggi sekiranya menamatkan kontrak itu lebih awal.

Di bawah garis panduan yang ditetapkan Penguasa Pembangunan Media (MDA), para pengguna hanya perlu membayar caj tamatkan kontrak lebih awal sejajar dengan baki tempoh kontrak yang gagal dipenuhi.

Menurut MDA semalam, garis panduan bagi kontrak TV itu dikeluarkan bagi melindungi pelanggan.

'Langkah ini dibuat sejajar dengan pasaran TV berbayar yang semakin berkembang dan berdaya saing. Bilangan pelanggan telah melonjak daripada 490,000 pada Disember 2006 kepada lebih 857,000 hari ini.

'Bilangan penyedia siaran TV berbayar juga telah meningkat, menawarkan lebih 345 saluran, mewakili pertumbuhan 150 peratus saluran sejak empat tahun lalu,' menurut MDA, semalam.

Pengendali siaran TV berbayar kini dikuasai syarikat StarHub yang mengendalikan Singapore Cable Vision dan syarikat SingTel yang menawarkan khidmat MioTV.

Pengendali TV lain termasuk M2B yang mengendalikan WOW TV, M1 yang mengendalikan 1Box, SingTel dengan exciteTV dan siaran TV yang dikendalikan Hak Japan dan Kylin TV.

Langkah memperkenalkan garis panduan itu akan memudahkan para pengguna menukar pengendali TV berbayar selain memberi perlindungan kepada pelanggan terutama melibatkan caj tamatkan kontrak.

Garis panduan itu dibentangkan selepas MDA menjalankan perundingan dari April hingga Mei lalu.

Perundingan itu antara lain melibatkan penyedia khidmat TV berbayar dan Persatuan Pengguna Singapura (Case).

Mengenai caj tamatkan kontrak (ETC), MDA menjelaskan:

'Pelanggan hanya perlu membayar caj tamatkan kontrak lebih awal atau ETC sejajar dengan baki kontrak yang tidak dipenuhi. ETC yang perlu dibayar mesti memenuhi terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak itu.

'Sebagai contoh, sekiranya kontrak itu ditawarkan berdasarkan kadar diskaun, pelanggan perlu membayar ETC berdasarkan kadar diskaun. ETC itu juga tidak boleh mempunyai kos-kos yang tidak dapat dielakkan,' jelas MDA lagi.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular