Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 November 2011

Kedai Urut Kena Serbu



BANDAR SERI BEGAWAN - Anggota dari Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat disertai pegawai dari Jabatan Bandaran Bahagian Penguatkuasaan telah membuat serbuan ke atas sebuah kedai urut di kawasan perniagaan Kampung Gadong hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, serbuan dijalankan kira-kira pada pukul 2.30 petang hasil maklumat orang ramai yang dipercayai menjalankan kegiatan menyalahi lesen rampaian.

Semasa serbuan dilakukan didapati empat wanita warga asing sedang menjalankan perkhidmatan urut ke atas pelanggan lelaki di empat buat bilik berasingan.

Mereka sedang disiasat di bawah Akta Lesen Rampaian Penggal 127, dan jika didapati melanggar syarat-syarat dan peraturan mereka akan diambil tindakan di bawah bidang kuasa Jabatan Bandaran mewakili Pasukan Polis Diraja Brunei.

Pihak polis, dalam kenyataan, turut mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diberikan dan menasihatkan orang ramai untuk sama-sama mencegah kegiatan yang tidak bermoral ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular