Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 November 2011

Pelajar perempuan diberi vaksin HPV percuma



BANDAR SERI BEGAWAN - Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, mengumumkan akan mengadakan Program Vaksinasi Human Papilloma Virus (HPV) pada Januari 2012 bagi melindungi remaja perempuan di Negara Brunei Darussalam sebagai langkah awal pencegahan Kanser Serviks.

Menurut kenyataan itu lagi, kanser serviks merupakan kanser wanita kedua paling kerap terjadi di Brunei. Kementerian Kesihatan akan memberikan vaksin HPV secara percuma bagi remaja perempuan iaitu rakyat dan penduduk tetap Brunei yang sedang menuntut dalam Tahun 7 yang berusia di antara 11 hingga 13 tahun.

Bagi tahun pengajian 2012 hingga 2015, vaksin HPV juga akan diberikan secara percuma melalui program 'catch up' kepada remaja perempuan iaitu rakyat dan penduduk tetap Brunei yang sedang menuntut dalam Tahun 11.

Borang-borang kebenaran telah diedarkan melalui sekolah-sekolah untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa serta penjaga dan borang-borang berkenaan juga boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Kesihatan.

Borang-borang kebenaran yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke sekolah masing-masing dan ibu bapa serta penjaga diingatkan untuk memastikan bahawa anak mereka melengkapkan ketiga-tiga suntikan vaksin HPV.

Orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Kementerian Kesihatan di talian 145 semasa waktu pejabat atau melayari laman web, www.moh.gov.bn.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular