Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 18 November 2011

Sukan SEA: Menang tapi tersingkir



SINGAPURA - PADA wajah Safirul Sulaiman (depan) terpancar kegembiraan. Pada wajah Muhammad Faris Ramli pula kelihatan riak kepuasan.

Kegembiraan dua pemain ini menceritakan sebahagian daripada detik-detik menarik dalam perjuangan pasukan bola sepak Singapura setelah menewaskan seteru tradisinya, Thailand, 2-0 dalam acara bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, petang semalam.

Safirul, yang muncul sebagai pemain gantian, telah menyumbatkan gol kedua Singapura pada minit ke-87. Faris pula pemain pertama yang mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukannya itu.

Tetapi gembiraan dalam jadual perlawanan terakhir Kumpulan A tidak berpanjangan.

Harapan Singapura untuk meneruskan langkah perjuangan ke peringkat separuh akhir terbantut kerana Malaysia menundukkan Indonesia 1-0.

Singapura menaruh harapan agar Indonesia dapat membelasah Malaysia dengan keputusan 4-0 untuk menjamin tempatnya ke separuh akhir, sebaliknya terbukti pasukan tuan rumah yang kecundang.

Ini bermakna Malaysia, yang seri 0-0 dengan Singapura, dan Indonesia, yang menewaskan pasukan negara 2-0, adalah dua negara dalam Kumpulan A yang akan beraksi dalam babak peringkat separuh akhir.

Di arena sukan lain, Singapura terus bergantung pada acara renang di Jakabaring untuk memungut dua lagi pingat emas.

Pertama melalui Teo Zhen Ren dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki dengan catatan 15 minit 44.32 saat.

Kemudian, Tao Li muncul dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu untuk memungut pingat emas kedua negara dengan 26.59 saat.

Singapura juga memenangi dua pingat perak dalam acara renang; satu dalam acara bowling melalui tiga sepasuk, Cherie Tan, Daphne Tan dan Jazreel Tan; dan satu menerusi Sasha Christian dalam Wakeboard acara slalom.

Pada keseluruhannya, sukan renang telah memungut 17 pingat emas dan pencapaian ini menyamai rekod dalam sukan 1975.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular