Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 18 November 2011

Lawatan Ketua Pengarah Bomba Malaysia ke Brunei

Yang Amat Setia Dato Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim memeriksa barisan kehormat.





BANDAR SERI BEGAWAN - Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Yang Amat Setia Dato Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakas.

Ketibaan beliau dialu-alukan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Awang Yahya haji Abdul Rahman dan seterusnya menerima tabik hormat daripada 48 orang anggota pangkat rendah bomba dan pasukan pancaragam Jabatan Bomba dan Penyelamat diikuti pemeriksaan barisan kawalan kehormat.

Beliau juga mendengar taklimat oleh Ketua Pemerintah Operasi Penguasa Kanan Awang bin Haji Tengah dan mengadakan perbincangan empat mata mengenai isu-isu yang dapat dimanfaatkan dalam hubungan kerjasama dan persefahaman serta perkara-perkara berbangkit antara kedua-dua negara khususnya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Lawatan kerja julung-julung kali itu juga menyaksikan Yang Amat Setia Dato menandatangani lembaran kenang-kenangan dan seterusnya bergambar ramai.

Rangka lawatan kerja beliau juga merangkumi lawatan ke Balai Bomba Unit Operasi Wanita, Cawangan Operasi C dan mendengar taklimat dari stesen komander unit operasi wanita, Penolong Penguasa Marta Waizzah Abdullah Sitau.

Beliau turut berkesempatan menyaksikan pameran peralatan dan demonstrasi operasi menyelamat anggota bomba lelaki dan wanita selain meninjau program latihan kursus marsyal bomba yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam.

Sesi lawatan diteruskan dengan kunjungan hormat kepada Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi Haji Mohd Yussof selepas rombongan selesai menunaikan solat fardu Zuhur berjemaah di Surau Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Rombongan kemudiannya meneruskan lawatan ke Balai Bomba Laut Cawangan Operasi D yang dialu-alukan oleh Pegawai Pemerintah Operasi D Awang Mahali Haji Bolhaji dan dibawa menyusuri Kampung Ayer.

Rombongan juga diraikan dalam Majlis Makan Malam bersama Pengarah Bomba dan Penyelamat Awang Yahya Haji Abdul Rahman. Turut hadir di majlis berkenaan ialah pegawai kanan, dan kakitangan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular