Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 8 November 2012

Fifi tarik balik permohonan fasakh




SHAH ALAM - Bekas pengacara program Bersamamu TV3, Fifi atau Noor Hafiza Saharuddin menarik balik permohonan fasakh terhadap suaminya, Feriz Omar, yang juga Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Peguam Syarie yang mewakili Fifi, Musa Awang, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, anak guamnya menarik balik kes itu semalam melalui seorang wakil.

“Ini kerana mereka sepakat untuk terus hidup sebagai suami isteri,” katanya.

Musa berkata, permohonan fasakh itu difailkan oleh Fifi pada 29 Jun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie  Azmi Aziz semalam, kedua-dua mereka tidak hadir.

Fifi, 29, bernikah dengan Feriz, 41, pada 8 Ogos 2008 di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,  Bangsar, Kuala Lumpur, dengan hantaran RM50,000 serta mas kahwin RM1,000.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fahd Al-Warith yang kini berusia 3 tahun.

Kerjaya Fifi sebagai pengacara program realiti Bersamamu itu bermula selepas beliau menjadi juara pertandingan Olay Aspirasiku TV3 pada 2004.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular