Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 27 November 2012

SURYANI kini di bawah pengawasan polis

SUNGAI PETANI - Sehari selepas akhbar melaporkan mengenai seorang pembantu rumah Indonesia mendakwa didera majikan berketurunan Cina, polis berjaya menyelesaikan kes itu berikutan tertangkapnya dua beranak di Taman Patani Indah di sini kelmarin.

Susulan tangkapan itu, dua beranak berusia 61 dan 29 tahun yang merupakan majikan mangsa direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera. Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

Katanya, dua beranak itu diberkas di rumahnya pada pukul 7.30 malam.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan batang mop di badan dan muka. Mangsa telah bekerja dengan suspek sejak April lalu dan kerap dipukul sejak dua minggu kebelakangan ini.

"Ekoran itu, dia mengalami kecederaan dan lebam pada muka dan mata kiri selain sakit dada serta punggung," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Semalam Media melaporkan, amah yang dikenali sebagai Suryani, 24, dari Jakarta, Indonesia cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa didera oleh majikannya sejak beberapa minggu lalu.

Selain itu, dia juga mendakwa dikerah untuk bekerja seawal pukul 5 pagi hingga lewat malam setiap hari dan sering dimaki hamun.

Suryani kemudian melarikan diri pada pukul 12 tengah hari Ahad lalu sebelum diselamatkan seorang wanita di Taman Sejahtera yang terletak berhampiran rumah majikan mangsa.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular