Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 17 November 2012

Hasrat Dr Juanda ditolak

KANGAR - Mufti Perlis Dr Juanda Jaya kekal sebagai anggota jawatankuasa Baitulmal Perlis apabila hasratnya untuk berundur dari memegang jawatan itu ditolak.

Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad mengesahkan beliau menerima surat peletakan jawatan Juanda, tetapi atas nasihat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), beliau telah menolak permohonan Juanda.

Surat peletakan jawatan itu yang dihantar kepada Baitulmal Perlis telah dikemukakan kepada baginda sejajar dengan kedudukan baginda sebagai peneraju Maips yang Baitulmal terletak di bawahnya, katanya kepada Bernama.

Abu Bakar berkata, setelah meneliti surat itu, Tuanku Syed Faizuddin telah menasihati beliau supaya menolak permohonan peletakan jawatan tersebut.

"Segalanya dalam keadaan baik dan Dr Juanda telah dimaklumkan mengenai perkara itu," tambahnya.

Juanda dilantik menduduki jawatankuasa itu secara automatik dan bertindak sebagai penasihat kepada Baitulmal Perlis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular