Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 16 November 2012

Gara-gara Cinta dithalang, pemuda sembah acid



Virgnia terlantar di HQE selepas melecur separuh badan akibat disimbah cuka getah.



KOTA KINABALU - Berang cintanya dihalang, seorang pemuda bertindak gila apabila menceroboh rumah keluarga teman wanitanya, lalu menyimbah sebaldi cuka getah ketika keluarga berkenaan tidur di ruang tamu, menyebabkan seorang bayi berusia enam bulan yang juga adik kekasihnya maut manakala kakak dan ibu bayi itu parah.

Dalam kejadian di Kampung Gaur, Kota Belud, jam 5 pagi pada Rabu lalu, bayi berkenaan, Johrsin Hortelano, maut selepas enam jam dirawat di Hospital Kota Belud akibat melecur teruk di muka.

Ibu bayi itu, Virgnia Alegada, 39, dalam keadaan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan seorang lagi anaknya, Jezel Hortelano, 12, dirawat di Hospital Kota Belud dengan keadaannya dilaporkan stabil.

Bagaimanapun, kata sumber, teman wanita suspek yang turut tidur di ruang tamu rumah berkenaan ketika kejadian tidak cedera.

Menurutnya, ketika kejadian, semua 10 beranak itu termasuk teman wanita suspek, tidur di ruang tamu rumah itu dan suspek menyimbah cuka getah melalui tingkap terbuka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular