Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 16 November 2012

Kes khalwat: SPA putuskan tindakan disiplin, kata KSN

Datuk Seri Dr Ali Hamsa

 PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan  mengambil tindakan tatatertib terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Syariah atas tuduhan berkhalwat.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kesalahan khalwat membabitkan pegawai awam yang diputuskan bersalah adalah satu kesalahan tatatertib.

"Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993.

"Beliau bersama pasanganya kini diarah bercuti sehingga siasatan dan hukuman yang diputuskan oleh SPA selaku Pihak Berkuasa Tatatertib diambil," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Hasan didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan di sebuah bilik hotel di sini.

Kedua-dua pasangan terbabit mengaku bersalah.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular