Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 16 November 2012

Pemuda perkosa 2 kali gadis 13 tahun



KUANTAN - Seorang tukang cat berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam, atas tiga tuduhan merogol  gadis bawah umur, 9 November lalu.

Tertuduh, Mohd Fauzi Jusoh, 31, dari Kuala Terengganu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh didakwa merogol gadis terbabit yang baru berusia 13 tahun tiga bulan kira-kira jam 3.40 pagi dalam sebuah rumah di Lorong Sungai Isap 33, Taman Murni Uda, di sini.

Tertuduh mengulangi perbuatannya itu kira-kira jam 8.30 pagi dan 12 tengah hari di lokasi dan hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd Azhar kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan tiga penjamin bagi semua tuduhan dan menetapkan tarikh 17 Disember depan untuk sebutan semula

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular