Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 18 November 2012

Norliana sah tidak mengandung


NORLIANA (kanan) bersama ibunya, Che Som Endut ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena Khamis lalu.


ALOR SETAR – Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar mengesahkan Norliana Manaf dari Kampung Kelut, Jabi, Pokok Sena dekat sini yang sebelum ini mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu sebenarnya tidak hamil.

Jurucakap pejabat kesihatan tersebut memberitahu, wanita itu ada mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pokok Sena pada 12 November lalu dan pemeriksaan mendapati tiada tanda-tanda dia mengandung.

Katanya, jururawat klinik itu kemudian merujuk perkara tersebut kepada pegawai perubatan, namun wanita terbabit tidak mendapatkan rawatan doktor sebaliknya terus pulang.

“Pihaknya juga menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang tempat dia mendakwa mendapatkan rawatan sebelum ini dan dimaklumkan bahawa tiada rekod pesakit tersebut di sana,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Media  pada Jumaat lalu melaporkan Norliana berada dalam kebingungan apabila mendapati bayi kembar berusia sembilan bulan yang dikandungnya didapati hilang secara misteri.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular