Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 18 November 2012

Dr Juanda belum buat keputusan, tunggu surat


KANGAR - Mufti Perlis Dr Juanda Jaya belum menyatakan sebarang keputusan sama ada kekal sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal Perlis atau tidak apabila hasratnya untuk berundur dari memegang jawatan itu ditolak kelmarin.

Katanya, sehingga kini beliau juga masih belum menerima apa-apa surat dan makluman secara rasmi berhubung keputusan berkenaan.

"Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan lagi, selagi tidak dimaklumkan kena tunggu.

"Saya akan  teliti apa isi kandungan makluman rasmi berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan (menerima atau menolak). Tunggu dan lihat dulu," katanya semalam.

Juanda meletakkan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Baitulmal 9 November lalu kerana didakwa tidak senang dengan pentadbiran agensi kutipan zakat Perlis.

Bagaimanapun kelmarin, Pengerusi Baitulmal Perlis, Datuk Abu Bakar Ahmad memberitahu peletakan jawatan Juanda ditolak selepas nasihat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“Segalanya dalam keadaan baik dan Dr Juanda telah dimaklumkan mengenai perkara itu,” katanya.

Juanda dilantik menduduki jawatankuasa itu secara automatik dan bertindak sebagai penasihat kepada Baitulmal Perlis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular