Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 November 2012

Ibu tergamam anak gadisnya dicabuli

 GEORGETOWN - Seorang ibu tergamam seketika, selepas anak perempuan bongsunya menceritakan dia dicabul jirannya yang merupakan anggota polis di Air Itam, tahun lalu.

Ibu kepada lima orang anak berkata demikian ketika memberikan keterangan dari kandang saksi di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Menurut wanita itu, insiden itu diceritakan anaknya pada suatu malam. Iaitu lima hari selepas seorang jiran wanita di situ memaklumkan bahawa melihat anggota polis itu memeluk mangsa dengan begitu erat.

“Ketika jiran menceritakan hal itu, pada awalnya saya beranggapan, lelaki itu memeluk anak saya kerana dia seorang penyayang dan suka pada kanak-kanak.

“Perkara sebenar terbongkar selepas anaknya sendiri menceritakan tindakan anggota polis itu.

“Kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 Jun tahun lalu, anak perempuan dan saya berada di rumah. Masa itu, kami mendengar bunyi bising dari luar seperti kemalangan. Kami pergi untuk tengok dan melihat sebuah kereta yang dipandu Koperal Mohd Aziri Sahid,” katanya pada hari pertama perbicaraan kes itu dimulakan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu, dia dan anak perempuannya kembali untuk menonton televisyen.

“Kira-kira jam 10.30 malam, saya kata kepada anak sekarang masa untuk tidur. Kami masuk tidur di bilik yang sama.

“Masa itulah, anak perempuan saya memberitahu kepada saya bahawa ‘pak cik’ (Mohd Aziri) memeluk dan mencabulnya.

“Saya terkejut dan tergamam selama lima minit memikirkan sesuatu telah berlaku kepada anak saya," katanya.

Mohd Aziri yang didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kesalahan luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa, di Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, di antara 28 Mei hingga 21 Jun, tahun lalu.

Mohd Aziri yang merupakan penjawat awam, kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular