Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 November 2012

Temuduga terbuka konstabel SSP 26, 27 Nov ini

MELAKA - Polis Melaka akan mengadakan temuduga terbuka bagi mengisi 111 perjawatan konstabel Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) pada 26 dan 27 November ini.
  
Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata temuduga bermula 8 pagi hingga 1 petang itu bertujuan memenuhi seramai 500 SSP yang diperlukan di negeri itu.
  
Beliau berkata pada masa ini seramai 389 orang telah terpilih bagi jawatan tersebut melalui temuduga terbuka yang diadakan pada 18 hingga 23 Oktober lepas.
  
"Ia terbuka kepada semua individu pelbagai kaum termasuk yang mempunyai pekerjaan tetap," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan anggota polis di IPK Melaka di sini hari ini.
  
Beliau berkata orang awam yang terpilih menyertai SSP tidak perlu bimbang kerana latihan bagi perjawatan itu tidak akan menjejaskan kerjaya tetap mereka.
  
Katanya penyertaan SSP dalam kalangan orang awam amat penting sebagai mata dan telinga polis dalam membanteras kegiatan jenayah dalam masyarakat secara lebih efektif.
  
Sementara itu, Chua berkata kesemua individu yang lulus temuduga tersebut akan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) secara berperingkat selama seminggu dan beberapa sesi latihan bagi melengkapkan ilmu kepolisan mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular