Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 17 November 2012

Hadi lebih layak jadi PM, kata Dewan Ulama

PENGKALAN CHEPA - Di sebalik pengisytiharan malam tadi dan beberapa kali sebelum ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertindak sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, Dewan Ulama Pas Pusat hari ini melahirkan 'bantahan' sambil menegaskan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang "paling terbaik" untuk menyandang jawatan itu.

Sayap ulama itu berpendapat bahawa Presiden Pas, yang juga Ahli Parlimen Marang, yang lebih layak menjawat jawatan tersebut.

"Saya ingin bertanya kepada seluruh perwakilan, siapa yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia akan datang kalau bukan Tok Guru Presiden," kata Hairun Nizam Mat Hussain ketika membahaskan ucapan dasar presiden di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah individu yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia jika pembangkang berjaya menawan tampuk pemerintahan.

Malam tadi, Lim Kit Siang dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat mengisytiharkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.

Abdul Hadi dan Anwar juga berucap pada perhimpunan itu.

Awal Januari lalu, Pakatan Rakyat pernah mengulangi pendirian bahawa Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular