Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 6 November 2012

MAIS siasat pengurusan masjid


MASJID Al-Husna yang terletak di Bandar Sunway, Subang Jaya.



SUBANG JAYA – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan Masjid Al-Husna di Bandar Sunway, di sini jika siasatan mendapati berlaku kepincangan dalam pengagihan wang bantuan hari raya kepada anak yatim.

Pengurus Perhubungan Korporat MAIS, Rohana Hassan berkata, pihaknya telah memulakan siasatan mengenai dakwaan seorang ibu bahawa lima orang anaknya yang merupakan anak yatim tidak mendapat bantuan yang disalurkan oleh badan itu melalui masjid tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya telah menyemak semua dokumen berkaitan dan akan menghantar beberapa pegawainya ke masjid berkenaan untuk membuat siasatan pada minggu ini.

“Kita sedang siasat perkara ini termasuk pergi ke masjid terlibat minggu ini untuk mengenal pasti masalah ini. Tindakan bergantung kepada hasil siasatan yang diperoleh kelak.

“Isu seperti ini pertama kali dibangkitkan kepada MAIS dan kami berharap dapat menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.




PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular