Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 5 November 2012

Najwa berazam raih 6A

Najwa memeluk ibunya sebelum memasuki dewan peperiksaan





BATU PAHAT - Artis remaja popular, Najwa Latiff, 17, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim di sini, semalam, mengidam keputusan 6A bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran pada masa depan.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang terkenal menerusi lagu popularnya, Cinta Muka Buku mengakui terpaksa berkorban demi menduduki peperiksaan itu termasuk menangguhkan sebarang aktiviti seninya sejak beberapa bulan lalu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses mengulangkaji pelajaran.

“Ketika membuat rakaman mahu pun persembahan, saya tidak pernah mengabaikan pelajaran dan sering mencuri masa mengulangkaji pelajaran selain mengikuti tuisyen.

“Seperti pelajar lain, saya juga gugup, namun yakin mampu menjawab semua kertas peperiksaan dengan baik,” katanya.

Najwa antara 192 pelajar calon sekolah itu semalam, menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 di Dewan Seri di sekolah berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular