Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 7 November 2012

Pasangan suami isteri dibelasah teman facebook


KUALA LUMPUR - Hanya kerana memberi komen mengutuk pakaian teman maya di facebook (fb), seorang wanita bersama suami dan adiknya dibelasah lebih 10 orang bersenjatakan kayu dan parang dalam kejadian di Kepong Baru, di sini, Isnin lalu.

Kejadian ala samseng itu berlaku jam 12.30 tengah malam Isnin lalu, ketika mangsa yang mahu dikenali sebagai Lisa, 18, pertama kali berjumpa wanita itu yang tidak puas hati dengan komennya di fb.

“Saya mengenalinya melalui fb sejak setahun lalu dan kerap berbual di alam siber, namun tidak pernah berjumpa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Lisa berkata, dia tidak menyangka rakannya di laman sembang sosial sejak setahun lalu itu dengan tiba-tiba terguris hati berhubung komennya yang mengutuk pakaiannya.

Lagipun, katanya, itu bukan pertama kali mereka bergurau seperti itu dan dia bersedia berjumpa apabila wanita berusia 30-an itu masih tidak puas hati biarpun dia beberapa kali meminta maaf.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular