Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 8 November 2012

Pelajar dituduh berzina dengan guru wanita


PENDANG – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat sebuah sekolah di sini mendakwa dibuang sekolah kerana dituduh mengadakan hubungan seks dengan guru sandaran yang mengajar subjek bahasa Inggeris.

Difahamkan pelajar tersebut dituduh melakukan hubungan seks dengan guru terbabit pada 1 Oktober 2012 kira-kira jam 12 tengah malam di rumah guru itu di kuarters guru sekolah berkenaan.

Pelajar mahu dikenali sebagai Wan mendakwa, dia dipaksa beberapa guru sekolah itu supaya membuat surat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan guru berusia lingkungan 20-an itu.

Pelajar itu mengaku tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan dengan wanita itu, malah guru itu tidak pernah mengajar di dalam kelasnya.

“Saya akui memang baik dengan guru tersebut sejak dia (guru sandaran) mula berkhidmat di sekolah ini kira-kira Februari lalu.

“Namun, saya terkejut bila dipaksa beberapa guru untuk buat surat pengakuan melakukan hubungan seks dengan guru terbabit sedangkan pada waktu kejadian, saya berada di asrama sekolah dan sedang tidur di dalam bilik,” katanya kepada wartawan  selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, petang semalam.

Sementara itu, bapa saudara Wan berkata, pihak sekolah ada menghubungi bapa pelajar itu 2 Oktober lalu untuk memintanya datang ke sekolah berkenaan kerana ada masalah, namun enggan memberitahu kisah sebenar.

“Bapanya tidak ke sekolah selepas menerima panggilan pertama kerana sedang bekerja menyebabkan pihak sekolah menghubungi kali kedua hari yang sama kira-kira 12 tengah malam, melalui warden asrama supaya segera datang berikutan masalah disiplin anaknya.

“Apabila sampai ke asrama, warden terus menyuruh membawa semua barang dan pakaian balik ke rumah kerana Wan sudah tidak dibenarkan belajar di sekolah itu selepas terlibat dengan kes zina tanpa menerima sebarang penjelasan dan surat pada malam terbabit,” katanya.

Menurutnya, Wan digantung sekolah dari 2 hingga 15 Oktober lalu serta menerima surat diberhentikan daripada ibu pejabat menyebabkan  waris berjumpa dengan pengetua sekolah terbabit mengenai dakwaan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular