Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 7 Mac 2010

Anuar Cipta Rekod Untuk Malaysia

JAGUH-JAGUH LTdL 2010, (dari kiri) Peter McDonald (Raja Bukit), Jose Rojano Guillen (Juara Keseluruhan), Anuar Manan (Raja Pecut) dan Hyo Suk-gong (Terbaik Asia).


SELEPAS 15 tahun menanti, hajat peminat sukan lumba basikal negara Malaysia untuk menyaksikan anak tempatan dinobatkan sebagai Raja Pecut Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 akhirnya terlaksana semalam.

Seperti diduga, pelumba sensasi negara, Anuar Manan mengotakan janjinya untuk memenangi Jersi Hijau LTdL buat kali pertama dalam kariernya selepas mempertahankan gelaran tersebut sehingga peringkat terakhir dari Kuala Kubu Bharu ke Dataran Merdeka semalam.

Pencapaian tersebut menyaksikan Anuar yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng Asia mencatat sejarah kedua dalam kejohanan LTdL apabila menjadi pelumba pertama dari Asia dan Malaysia dinobatkan gelaran Raja Pecut sepanjang 15 tahun penganjuran perlumbaan berkenaan.

Terdahulu, Anuar melakar sejarah pertama dengan memenangi saingan peringkat kelima yang bermula dari Muar ke Port Dickson (Jumaat lalu), sekali gus menjadi pelumba pertama Malaysia pernah memenanginya.

"Ini adalah pencapaian terbaik pernah saya lakukan dalam karier lumba basikal," kata Anuar pada sidang media selepas perlumbaan di Dataran Merdeka semalam.

"Memenangi satu peringkat perlumbaan dan dinobatkan selaku Raja Pecut (Jersi Hijau) LTdL hari ini (semalam), ia adalah sesuatu yang menakjubkan.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada semua peminat di Malaysia yang terus menyokong dan berdoa demi kejayaan saya. Kejayaan saya ini adalah hadiah kepada semua rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

Pelumba berusia 24 tahun itu juga masih berharap agar kejayaannya ini dapat membuka mata pasukan ProTour yang lain untuk menagih khidmatnya bagi menyertai perlumbaan besar di Eropah seperti Tour de France.

Begitupun, Anuar yang menyertai pasukan Geumsan Ginseng Asia tahun ini selepas bersama Azad University dan LeTua, akan terus bersama pasukan barunya dari Korea Selatan itu bagi menjalani latihan di Perancis dan menyertai beberapa perlumbaan di Eropah, Jun depan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular