Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 7 Mac 2010

Tengku Anis kemuka bantahan

"ISTERI kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah bagi mendengar keterangan tiga responden termasuk Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis kerana mengingkari perintah Mahkamah, di Kota Bharu, 7 Mac.



Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid hari ini mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, terhadap arahan tunjuk sebab kerana ingkar perintah mahkamah membenarkan hak lawatan kepada isteri kedua Sultan Kelantan, Che Puan Elia Suhana Ahmad.

Bagaimanapun Raja Perempuan Kelantan dan dua pengawal peribadinya Muhammad Shahrizan Zainal dan Zaiton Husin Merican, yang ketiga-tiga mereka diperintahkan untuk tunjuk sebab itu, tidak hadir di mahkamah.

Zainul Rijal kemukakan bantahan itu setelah membangkitkan dua isu berhubung penyerahan saman kes induk hak lawatan bertarikh 4 Februari lepas, yang dipohon oleh Che Puan Elia Suhana dan perintah tunjuk sebab ex-parte perintah hak lawatan pada 21 Februari lalu.

Peguam yang mewakili Che Puan Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan pula mempersoalkan ketidakhadiran ketiga-tiga defendan di mahkamah hari ini kerana menurutnya mana-mana pihak perlu hadir jika diperintah oleh mahkamah.

Hakim Syarie Mohd Yusof Awan menetapkan 4 April sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Pada 4 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, membenarkan Cik Puan Elia Suhana, 31, melawat Sultan Kelantan yang menerima rawatan di hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.

Bagaimanapun Che Puan Elia Suhana mendakwa dihalang oleh ketiga-tiga defendan bertemu suaminya dan pada 21 Feb lalu mahkamah telah mengarahkan Raja Perempuan Kelantan bersama dua pengawal peribadinya hadir untuk tunjuk sebab. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular