Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 4 Mac 2010

Kapal Barang Indonesia Musnah Dalam Kebakaran

(Foto hiasan)



PELABUHAN KLANG (Malaysia), 4 Mac (Bernama) -- Sebuah kapal yang terlibat dalam perniagaan tukar barang dari Indonesia dan membawa pelbagai barangan musnah dalam satu kebakaran di pangkalan Jeti Asia Niaga, di sini kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Md Yusof berkata walau bagaimanapun 11 krew kapal warganegara Indonesia termasuk kapten terselamat dan kejadian berlaku ketika kapal itu sedang bersiap untuk berlayar ke Indonesia.

"Kapal berkenaan membawa muatan seperti pinggan mangkuk, pemetik api, pakaian, beg dan barang permainan diperbuat daripada kayu terbakar apabila krew kapal terbabit sedang memunggah masuk barangan ke dalam kapal," katanya kepada pemberita, di sini.

Mohamad berkata anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pelabuhan Klang berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, jumlah kerugian dan punca kejadian belum dapat dipastikan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular