Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 6 Mac 2010

MANGSA DERA: Jenazah Syafia selamat dikebumikan

SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.


KUALA KUBU BHARU (Malaysia): “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.

Menurut Siti Nurhanim, sebelum kejadian kejam yang meragut nyawa anaknya, teman lelakinya pernah memarahi Syafia kerana sering muntah ketika diberi makan.

“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.

“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.

Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.

“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukul - nya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.

Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.

Laporan semalam menyebut tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.

Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular