Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 7 Mac 2010

TKW diarah ke pusat perlindungan kedutaan




KUALA TERENGGANU (Malaysia) : Mahkamah Juvana di sini hari ini mengarahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia bawah umur yang dituduh mencuri beberapa barangan milik majikannya pada 6 Januari lalu dihantar ke Pusat Perlindungan di Kedutaan Indonesia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, bagi tempoh antara setahun hingga tiga tahun.

Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berumur 13 tahun sembilan bulan dan berasal dari Palembang, Indonesia, mengaku bersalah mencuri dua komputer riba, satu modem jalur lebar, satu unit tetikus dan beg milik majikannya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 10 pagi hingga 10.30 pagi pada 6 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 380, Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular