Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 3 Mac 2010

Minggu Bahasa Perancis Di Malaysia Pada 20 Hingga 25 Mac

(Foto hiasan)


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kedutaan Perancis di Malaysia akan menganjurkan minggu Bahasa Perancis Antarabangsa ke-15 di sini dari 20 hingga 25 Mac.

Duta Besar Perancis Dr Marc Barety berkata kedutaan itu dengan kerjasama 23 kerajaan tempatan dan badan-badan bukan kerajaan akan mengatur beberapa aktiviti dan program untuk acara tahunan selama seminggu itu.

"Acara itu bertujuan mempromosi bukan saja bahasa itu, tetapi juga budaya, nilai dan sejarahnya. Ia juga bagi memberi galakan kepada mereka yang sedang belajar bahasa itu, dengan memberikan mereka peluang menuturkannya," kata Barety semasa ditemuramah oleh Radio 24 di Wisma Bernama Rabu malam, bersempena Minggu Bahasa Perancis.

Antara acara yang akan diadakan ialah pameran dan jualan kraftangan Senegal di Alliance Francaise di Kuala Lumpur dari 19 hingga 26 Mac, lawatan berpanduan dalam bahasa Perancis untuk pelajar-pelajar dan sarjana di Muzium Nasional pada 22 hingga 24 Mac dari 9 pagi hingga 12.30 tengah hari, kunjungan malam ke muzium itu dalam bahasa Perancis pada 23 Mac jam 7 malam dan konsert oleh seniman Senegal King Lhota serta penghibur dari Malaysia, Perancis dan Kanada.

Tayangan gambar juga diadakan di Finas pada 24 Mac jam 8 mlm.

Sementara itu, Barety berkata bahasa Perancis adalah salah satu bahasa asing yang paling ramai dipelajari di Malaysia dengan anggaran 15,000 orang bertutur bahasa itu di sini dan ia diajar di 39 sekolah menengah di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh didapatkan di http://www.ambafrance-my.org

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular