Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Mac 2010

NAHAS: Mati akibat lembu melintas



RAWANG (Malaysia) : Gara-gara seekor lembu melintas di lebuh raya, tiga kenderaan terbabit kemalangan menyebabkan seorang maut dan lima lagi cedera di Kilometer 445, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Rawang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, lembu susu seberat 100 kilogram itu turut mati.

Ketika kejadian, ternakan itu dikatakan melintasi lebuh raya di laluan laju sebelum dirempuh sebuah kereta BMW 5 Siri dari arah Kuala Lumpur dipandu seorang lelaki berusia 40-an menyebabkan lembu itu terpelanting sejauh tujuh meter ke kiri lebuh raya.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata akibat rempuhan itu kereta terbabit gagal dikawal sebelum terbalik.

Pada masa sama, katanya, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Frontier dinaiki tiga lelaki berusia 30-an terlanggar pembahagi jalan dalam cubaan mengelak kereta BMW yang terbalik itu.

“Selepas itu, sebuah lagi kereta, iaitu Perodua Viva gagal mengelak sekali lagi melanggar lembu berkenaan hingga menyebabkan penumpang di tempat duduk sebelah kiri parah dan maut di tempat kejadian.

“Mangsa seorang pesara berusia 55 tahun. Mayatnya yang tersepit dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Rawang.

“Lembu itu juga mati serta-merta di tempat kejadian akibat rempuhan kedua itu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta BMW, pemandu kenderaan pacuan empat roda serta dua penumpang dan pemandu kereta Perodua Viva hanya cedera ringan.

Difahamkan, kemalangan itu turut menyebabkan lebuh raya itu mengalami kesesakan luar biasa lebih sejam sebelum tempat kejadian dibersihkan Plus Expressways Berhad (Plus).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular