Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 6 Mac 2010

Tiada kompromi syarat sijil halal



SHAH ALAM (Malaysia)- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan melayan kerenah segelintir pengusaha premis makanan di negeri itu yang mahu pihaknya melonggarkan syarat-syarat permohonan mendapatkan sijil halal.

Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi (gambar) berkata, pihaknya tidak akan berkompromi mengenai syarat kelulusan itu kerana sijil dan logo halal merupakan pengiktirafan berasaskan hukum syarak.

Jelasnya, setiap pengusaha perlu mematuhi garis panduan ditetapkan terutama aspek pembelian bekalan bahan mentah atau kering yang wajib mempunyai logo halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Pihak kami tidak akan berkompromi dalam hal ini namun dari segi kebersihan mungkin boleh diberi sedikit kelonggaran," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular