Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 8 Mac 2010

Tiga Beradik Rentung Dalam Kebakaran

(Foto hiasan)


BUKIT MERTAJAM (Malaysia), 9 Mac (Bernama) -- Tiga beradik rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka dan empat rumah lain di Kampung Kecil, Jalan Betek di sini awal pagi Selasa.

Mayat kanak-kanak perempuan Ooi Koay Eng, 12, serta adik perempuannya Ooi Koay Syaek, 11, dan adik lelakinya Ooi Koay Peng Teng, 9 ditemui berhampiran antara satu sama lain.

Kebakaran pada pukul 5.40 pagi itu berlaku ketika murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Keow Kuang itu sedang tidur dalam bilik di tingkat atas rumah mereka.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Wan Azmi Ahmad berkata lima lagi adik beradik kanak-kanak malang itu serta ibu dan bapa mereka cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

"Kebakaran itu membabitkan lima rumah kampung yang terletak agak rapat," katanya.

Beliau berkata seramai 17 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Bandar Perda dan Balai Bomba Bukit Mertajam mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular