Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 1 Julai 2010

Pasangan warga Indonesia kemalangan

( Foto hiasan )


KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas kilang di hadapan Dataran Merdeka di sini pagi ini.

Faridah Farid, 47, meninggal dunia ditempat kejadian manakala suaminya yang hanya dikenali sebagai Bunari, 50, cedera parah di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Insp. Khairul Nizam berkata, dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Faridah yang membonceng motosikal yang ditunggang suaminya dari arah Jalan Raja telah bertembung dengan bas kilang berkenaan yang keluar dari persimpangan Jalan Gereja menghala ke Jalan Raja.

"Mangsa yang juga keluar dari simpang Jalan Raja terus melanggar bahagian tengah bas berkenaan," katanya.

Menurut adik kepada Bunari, Sufian, 37, abangnya dalam perjalanan menghantar isterinya ke tempat kerja di Bukit Bintang sebelum ke tempat kerjanya di Damansara.

"Faridah bekerja sebagai pencuci dan suaminya yang merupakan pekerja kontrak sudah lama menetap di Malaysia dan mempunyai dua orang anak," katanya. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular