Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 14 Januari 2011

10 Sekolah Ditutup Di Sarawak Akibat Banjir



KUCHING, 14 Jan (Bernama) -- Sebanyak 10 buah sekolah di daerah Matu-Daro, bahagian Mukah, Samarahan, Bau dan Lundu ditutup pada Jumaat kerana masalah banjir.

Seorang jurucakap bilik gerakan banjir negeri memberitahu Bernama di sini bahawa empat sekolah rendah di Matu-Daro yang terjejas ialah SK Orang Kaya Sergunim (126 pelajar), SJK Chung Hua Matu (86), SK Kampung Sok (55) dan SK Pangtray dengan 173 pelajar.

Katanya tiga sekolah di Bau ialah SK Segubang (78), SK Jagoi (260) dan SK Opar (237) dan di Samarahan pula ialah SK Sampun (143) dan SJK Chung Semera (30) manakala satu sekolah, SK Pasir Tengah (89) di Lundu.

Setakat 3 petang ini, katanya, kecuali daerah Matu-Daro, keadaan banjir di kawasan rendah di Kuching dan bahagian Samarahan telah surut.

Sehingga 15,000 orang di enam buah kampung di Matu-Daro terjejas akibat banjir sejak Selasa lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular