Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 14 Januari 2011

Siti mohon disayangi ramai

KELUARGA bahagia Siti dan Datuk K bersama Auddra anak angkat mereka. Auddra adalah anak kepada pelakon Sharifah Shahira dan Ijoy Azhari.



KUALA LUMPUR:--BESAR atau kecil hadiah yang diterima sempena hari lahir bukanlah ukuran untuk menilai kasih sayang. Apa yang penting adalah ingatan orang tersayang terhadap diri kita.

Bagi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, kesungguhan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K mengatur majlis sambutan hari lahirnya yang ke-32 Isnin lalu, merupakan satu hadiah yang paling istimewa.

Siti yang anggun dengan gaun hijau lumut rekaan Wanpa berkata, beliau tidak terlibat dalam pengurusan majlis yang berlangsung dalam suasana gilang gemilang di Hotel J.W. Marriot, itu.

Majlis sambutan hari lahir Siti itu dilihat seperti festival kerana ramai artis ternama dari kalangan penyanyi, pelakon, produser dan penggiat seni hadir memeriahkannya.

Antara yang hadir, Fizo Omar, Fahrin Ahmad, Habsah Hassan, Rubiah Suparman, Ziela Jalil, Ezlynn, Shahir, Shahira, Lisa Surihani, Diana dan Linda Rafar.

Ini kerana majlis sambutan hari lahir Siti diraikan serentak dengan pelancaran Wajah-Wajah SimplySiti, iaitu produk kecantikan jenamanya.

Secara jujur Siti akui, beliau tidak menduga sambutan hari lahirnya meriah sebegitu hasil sentuhan kerja suami dan kaki tangan Siti Nurhaliza Production (SNP).

"Datuk K adalah tulang belakang dalam pembikinan semua acara ini. Masa dulu mana pernah Siti sambut hari lahir sebegini meriah.

"Acara ini sungguh istimewa sekali. Siti bersyukur ke hadrat Illahi kerana pada usia ini masih dihargai dan harap untuk usia seterusnya, terus disayangi ramai," katanya.

Kata Siti, perjalanan seninya masih jauh dan banyak yang perlu diterokai dan berharap kerjayanya yang bermula sebagai juara Bintang HMI 1995 akan lebih cerah di masa depan.

Sempena anjakan usianya itu, Siti berharap kehidupan masa depannya sebagai isteri, wanita, anak dan ibu akan menjadi lebih baik.

"Banyak sangat harapan yang Siti inginkan tapi dari segi kehidupan, Siti mahu perbaiki kelemahan diri agar boleh terus maju ke hadapan baik kerjaya ataupun bidang perniagaan," katanya.

Setiap kali penyanyi asal Kuala Lipis, Kuantan, Pahang, itu menyambut hari lahir setelah bergelar isteri Datuk K pada 2006, ramai yang tertunggu-tunggu hadiah apa yang bakal diperoleh.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular