Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 3 Januari 2011

Dua Cedera Akibat Lembu Bunting Rempuh Proton Waja

(Foto hiasan)


PUTRAJAYA,(Bernama) -- Dua ekor lembu yang bunting telah merempuh sebuah kereta Proton Waja di Persiaran Utara dari Hospital Serdang menghala ke Putrajaya mengakibatkan dua kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi swasta cedera ringan.

Kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi menyebabkan cermin depan kereta mangsa pecah manakala bahagian depan kereta kemek.

Mangsa, Mohd Najib Seth, 27 berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata kerana dua ekor lembu berkenaan berlari terlalu pantas dan tidak menghiraukan kehadiran kenderaan di jalan raya berkenaan.

"Saya tidak menyedari kehadiran lembu berkenaan sehinggalah salah seekor melompat ke cermin depan kereta sementara seekor lagi melintasi kereta kami."

"Saya menjerit menyebabkan rakan saya yang sedang memandu mengelak kereta untuk ke laluan sebelah kiri dan nasib kami baik kerana ketika itu tidak ada kenderaan lain yang melalui laluan sebelah kiri," katanya kepada wartawan yang hadir di tempat kemalangan.

Beliau berkata, lembu berkenaan diawasi oleh penjaga lembu ketika mahu melintas di kawasan bersama sekumpulan lembu lain tetapi sebaik sahaja kemalangan berlaku didapati kumpulan lembu itu terus lesap bersama-sama gembalanya.

Rakannya, Mohd Khairul Nizam Zakaria, 25, berkata beliau tidak menyedari kehadiran dua ekor lembu berkenaan dan cuba mengelakkan kenderaan ke sebelah kiri selepas rakannya menjerit melihat lembu melompat di atas kereta.

"Saya sangat terkejut apabila tiba-tiba ada lembu melompat dari sebelah kanan kami menyebabkan cermin depan pecah dan tangan saya cedera terkena serpihan kaca berkenaan."

"Sebelum ini, kami sering melalui jalan ini kerana menyelesaikan beberapa urusan di Putrajaya dan selalu ternampak kelibat haiwan berkenaan melalui jalan ini untuk ke seberang jalan," katanya.

Beliau berkata, tindakan pemilik lembu itu membiarkan haiwan ternakannya melepasi laluan itu boleh mengundang kemalangan kepada pengguna lalu lintas sekali gus mengganggu perjalanan trafik di kawasan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular