Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Jun 2011

4 warga asing dikehendaki

Dari kiri, Saw Myint Aye, Saw A Kyew, Herlena Ubawati dan Aung Zaw Lat.



SHAH ALAM - Polis Selangor giat memburu empat suspek utama dalam tiga kes bunuh berasingan yang berlaku sejak awal tahun ini termasuk kes terbaru minggu lalu, masing-masing membabitkan mangsa warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

Dalam kes pertama pada 20 Februari lalu, seorang lelaki Myanmar ditemui mati kira-kira jam 11 malam dalam keadaan berlumuran darah serta kepala hampir putus akibat ditetak menggunakan pisau pemotong daging.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa yang dikenali sebagai Saw Kyaw Kyaw, 30, dipercayai mati selepas ditetak kira-kira jam 9.10 malam di asrama pekerja di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

“Dua suspek itu rakan serumah mangsa iaitu adik-beradik yang dikenali sebagai Saw Myint Aye berusia 30 tahun dan adiknya Saw A Kyew. Motif pembunuhan belum dikenal pasti. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-3371222 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohammad Iqbal Ibrahim di talian 012-7748499,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam.

Bagi kes kedua, katanya, seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Herlena Ubawati Simanjutak berasal dari Surabaya dikehendaki bagi membantu siasatan pembunuhan seorang lelaki juga warga negara sama di Stesen Komuter Batu 3, Subang Jaya, pada 8 Mei lalu.

Kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, mangsa ditemui mati dalam keadaan parah ditetak di kepala dan badan selepas dipercayai menerima panggilan daripada suspek yang juga teman wanitanya.

Mohd Adnan berkata, suspek mengumpan mangsa yang dikenali sebagai Darno supaya datang ke tempat kejadian sebelum ditetak hingga mati. Motif pembunuhan dipercayai mempunyai unsur dendam.

“Kes ketiga berlaku pada 7 Jun lalu membabitkan pembunuhan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Norisyam yang ditemui mati berlumuran darah di dada akibat ditikam.

“Mayat mangsa ditemui majikannya kira-kira jam 11.30 pagi di kilang besi berhampiran Taming Jaya, Kajang. Mangsa dipercayai bergaduh dengan suspek warga Myanmar sebelum ditikam.

“Suspek dikenali sebagai Aung Zaw Lat berusia 22 tahun itu mula bekerja baru seminggu sebagai tukang besi dan rakan sekerja mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti identiti semua suspek yang masih bebas itu akan mengedarkan gambar lakaran wajah suspek di semua balai polis.

“Diharapkan orang ramai mempunyai maklumat berhubung lokasi suspek dapat menyalurkannya kepada balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular